Friday, August 26, 2011

ceramah misteri lailatul qadar.


ceramah yang disampaikan oleh al-Fadil Ustaz Nizho
Program ini berjaya mencapai sasaran. dimana penduduk dapat menambah ilmu pengetahuan terutamanya ilmu agama, segala permasalahan berkaitan bulan ramadhan juga berjaya dirungkai.melalui sesi soal jawab. Pada masa yang sama pengunaan teknologi komputer iaitu sidang video dapat mengubah persepsi penduduk, berkaitan teknologi, sememangnya teknologi amat membantu dalam kehidupan seharian.. ITU UUM akan berusaha untuk memastikan masyarakat luar bandar atau kampung tidak tercicir daripada arus pembangunan teknologi.

Saturday, August 20, 2011

CERAMAH “MISTERI LAILATUL QADAR”







PENCERAMAH: USTAZ NIZHO BIN ABDUL RAHMAN
WAKKTU: HARI SELASA  ( 23/8/2011)
JAM :2.00 PETANG
TEMPAT: PUSAT KOMUNITI (KOMPUTER) LEMBAH KERIANG
 (BERSEBELAHAN MASJID LEMBAH KERIANG)

ANJURAN ITU-UUM DENGAN KERJASAMA MASJID KG LEMBAH KERIANG










ANTARA YANG MENARIK IALAH SIDANG VIDEO YANG DIPANCARKAN SECARA TERUS DARI UUM KE KG TRADISI

ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD. “ SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN AL-QURAN INI PADA MALAM LAILATUL-QADAR, DAN APA JALANNYA ENGKAU DAPAT MENGETAHUI APA DIA KEBESARAN MALAM LAILATUL QADAR ITU?  MALAM LAILATUL-QADAR LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN. PADA MALAM ITU, TURUN MALAIKAT DAN JIBRAIL DENGAN IZIN TUHAN MEREKA, KERANA MEMBAWA SEGALA PERKARA (YANG TELAH DITAKDIRKAN BERLAKUNYA PADA TAHUN YANG BERIKUT):SEJAHTERA MALAM(YANG BERKAT0 HINGGA TERBIT FAJAR!” (QURAN AL-QADR 97;1-5)

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR UNTUK MENGAMBIL PELUANG MENAMBAH ILMU DAN PENGETAHUAN
(ILMU DAN AMAL)

Sunday, August 14, 2011

Palestin Tercinta







                       CERAMAH PALESTIN OLEH SYEIKH AHMAD DARIPADA PALESTIN
                                                   TARIKH: 13/08/2011 (SABTU)
                                    PROGRAM BERMULA PADA JAM 10.30-12.00MALAM



SAJAK :MAAF DARI PALESTIN

Maafkan kami, Palestin
Tika darahmu dipaksa mengalir
Dibumi sendiri dan kering disejat mentari
Tulangmu bersepai dibedil serahan Zionis
Jerik pekikmu bergema di dada langit
Hilai tawamu ditelan bom dan fosfur putih
Jiwa kami sedang berpadu dengan nafsu
Bercinta dengan dunia sambil beramal pohon
Restu untuk bahagia nanti.

Maafkan kami, Palestin
Andai pecah peti suara memanggil nama
Tuhan
Putus salur darahmu berkorban demi tuhan
Kami juga sedang berperang
Dengan nafsu yang lebih besar dan jihadmu,
Palestin.
Maafkan kami , Palestin
Perang kita berbeza medan
Kami sibuk berasak disini
Dikau digasak sana sini

Bila hanya doa mampu dihantar  pengganti
Kami, senjata terkuat kita
Hantarkan kembali doa buat kita berjaya sama
Bersama maaf dari Palestin

Zaki Johari.
Ube, jepun

Monday, August 8, 2011

PROGRAM BERBUKA PUASA DAN PEMBERIAN SUMBANGAN YANG DIRASMIKAN OLEH MENTERI BESAR KEDAH

Majlis berbuka puasa bersama YAB. Dato' Seri Ustaz Haji Azizan bin Haji Abdul Razak.


Menteri Besar tidak dapat hadir ke Masjid Lembah Keriang disebabkan masalah kesihatan. Beliau diwakili oleh Exco Agama Negeri Kedah iaitu YB Dato Hj Mohamed Taulan Bin Mat Rasul untuk merasmikan program penyampaikan sumbangan kepada peserta dan majlis berbuka

Tazkirah Ramadhan


Oleh Nazri

Alhamdulillahirabbil’alamin wassalutuwassala mu’aa Asyrafilanbiya’i wal mursalin,
Wa’ ala alihi wasohbihi ajmai’in...Amma b’adu,
Assalamu alaikum warahmatullah,

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Nabi (saw) mengingatkan kita bahawa di kalangan orang yang berpuasa,
Ada yang tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga
Dan di sana pula terdapat golongan yang berpuasa dan memperoleh
Pelbagai keistimewaan dan keberkatan. Di dalam spectrum yang begitu
Luas, dimanakah kita?

Untuk mencapai darjah tertinggi yang dianugerahkan kepada orang yang berpuasa,
Kita perlu memenuhi syarat lahiriahnya yakni menahan diri dari makan
Minum dan perkara lain yang membatalkan puasa. Kita perlu juga
Menghidupkan sunah dan adab puasa seperti bersahur, menyegarakan berbuka,
Bertarawih, bersedekah dan membaca al-Quran.

Tetapi itu sahaja tidak mencukupi seperti mana menurut Sheikh Said Hawwa di dalam
Kitabnya al-Mustakhlas Fi Tazkiyatun Nafsi, terdapat enam syarat tambahan
yang perlu diberi perhatian oleh orang yang benar-benar berhajat meninggikan
kualiti puasanya:

a)      Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas,
Atau memperdalamkan penglihatan, yakni melihatkan dengan berlebih-lebihan
Kepada segala sesuatu yang tercela dan tidak baik dan dibenci oleh agama.
Demikian pula melihat  apa sahaja yang menyebabkan hati terpesona,
Sehingga lalai daripada mengigati Allah.

b)      Menjaga lisan dari perkataan yang tidak masuk akal atau senda gurau
Yang melampau batas atau berkata kotor atau perkara yang sia-sia,
Atau berdusta atau mengumpat, mengadu domba atau berkata jijik atau
Bertengkar . Sebaliknya hendaklah diam atau mengurangkan bicara yang tidak
Perlu dan menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah. Pada masa yang sama
Gemar membaca al-Quran atau kitab-kitab agama.

c)       Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dan ukuran agama,
sebab setiap sesuatu perkara haram yang diucapkan maka akan menjadi haram
apabila mendengarnya.

d)      menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya
tangan dan kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang terlarang
menurut kacamata agama. Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa
yang  bukan sahaja haram tetapi juga syubhat, terutamanya di saat berbuka puasa
.
e)      Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika
Berbuka. Sekalipun makanan itu halal, sehingga perut seakan-akan
Tiadak memuatnya lagi. Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah daripada
Perut   yang penuh terisi. Puasa ialah mematahkan segala macam kesyahwatan , maka adalah orang yang puasa itu wajar memupuk kembali syahwatnya ketika berbuka. Sewajarnya sediakan makanan dan minuman sekadar seperti mana hari-hari biasa dibulan lain, tanpa berlebih-lebihan atau mengistimewakannya sehingga merangsang lagi nafsu.

f)       Hendaklah hatinya bergantung harap dan takut mengenai diterima atau tidak puasanya
Hari ini, hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram ; kerana belum ada kepastian. Jika diterima, pasti termasuk dalam golongan al-muqarrabin yang mempunyai pelbagai  kelebihan atau keistimewaan. Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam golongan yang tertolak amalannya, lagi dimarahi dan di murkai-Nya. Orang yang tertipu oleh dirinya sendiri pasti ibadatnya diterima, padahal ada kemungkinan tidak diterima. Nanti pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah tidak menerima amalannya.

p/s semoga amalan kita diterima Alah swt






Monday, April 4, 2011

Ceramah Perdana


JEMPUTAN
PENGERUSI & JAWATANKUASA
MASJID KG TRADISI LEMBAH KERIANG
DENGAN SEGALA HORMATNYA
MENJEMPUT TUAN/PUAN

KE

MAJLIS CERAMAH PERDANA
OLEH Yg Bhgia. DATO’ HASSAN DIN AL –HAFIZ
YANG BERTAJUK PERMASALAHAN
AKIDAH UMAT ISLAM MASA KINI

PADA::-
TARIKH : 13 APRIL 2011 (RABU)
MASA : 0900 MLM (SELEPAS SOLAT ISYAK)
TEMPAT : MASJID KG TRADISI

KEHADIRAN TUAN/PUAN
AMAT DI ALU-ALUKAN.
TERIMA KASIH

Sunday, April 3, 2011

Koleksi Gambar Masjid Kg Tradisi

Koleksi Gambar-Gambar Aktiviti di Masjid Kg Tradisi Lembah Keriang




Kursus Haji



Kelas Fardhu Ain Wanita



Kariah Kg Tradisi



Kuliah Maghrib



Kuliah Subuh



Pusat Komuniti ICT


Wednesday, March 23, 2011

Bacalah Al-Quran



Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya
kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di
akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang
sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah
kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :
"Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan
juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di
waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu
Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca
mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan
kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak
dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya
bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami
tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari
Al-Qur'an."

Renung-renungkanlah...selamat beramal..:)




Thank You Allah