Oleh Nazri
Alhamdulillahirabbil’alamin wassalutuwassala mu’aa Asyrafilanbiya’i wal mursalin,
Wa’ ala alihi wasohbihi ajmai’in...Amma b’adu,
Assalamu alaikum warahmatullah,
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Nabi (saw) mengingatkan kita bahawa di kalangan orang yang berpuasa,
Ada yang tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga
Dan di sana pula terdapat golongan yang berpuasa dan memperoleh
Pelbagai keistimewaan dan keberkatan. Di dalam spectrum yang begitu
Luas, dimanakah kita?
Untuk mencapai darjah tertinggi yang dianugerahkan kepada orang yang berpuasa,
Kita perlu memenuhi syarat lahiriahnya yakni menahan diri dari makan
Minum dan perkara lain yang membatalkan puasa. Kita perlu juga
Menghidupkan sunah dan adab puasa seperti bersahur, menyegarakan berbuka,
Bertarawih, bersedekah dan membaca al-Quran.
Tetapi itu sahaja tidak mencukupi seperti mana menurut Sheikh Said Hawwa di dalam
Kitabnya al-Mustakhlas Fi Tazkiyatun Nafsi, terdapat enam syarat tambahan
yang perlu diberi perhatian oleh orang yang benar-benar berhajat meninggikan
kualiti puasanya:
a) Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas,
Atau memperdalamkan penglihatan, yakni melihatkan dengan berlebih-lebihan
Kepada segala sesuatu yang tercela dan tidak baik dan dibenci oleh agama.
Demikian pula melihat apa sahaja yang menyebabkan hati terpesona,
Sehingga lalai daripada mengigati Allah.
b) Menjaga lisan dari perkataan yang tidak masuk akal atau senda gurau
Yang melampau batas atau berkata kotor atau perkara yang sia-sia,
Atau berdusta atau mengumpat, mengadu domba atau berkata jijik atau
Bertengkar . Sebaliknya hendaklah diam atau mengurangkan bicara yang tidak
Perlu dan menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah. Pada masa yang sama
Gemar membaca al-Quran atau kitab-kitab agama.
c) Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dan ukuran agama,
sebab setiap sesuatu perkara haram yang diucapkan maka akan menjadi haram
apabila mendengarnya.
d) menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya
tangan dan kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang terlarang
menurut kacamata agama. Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa
yang bukan sahaja haram tetapi juga syubhat, terutamanya di saat berbuka puasa
.
.
e) Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika
Berbuka. Sekalipun makanan itu halal, sehingga perut seakan-akan
Tiadak memuatnya lagi. Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah daripada
Perut yang penuh terisi. Puasa ialah mematahkan segala macam kesyahwatan , maka adalah orang yang puasa itu wajar memupuk kembali syahwatnya ketika berbuka. Sewajarnya sediakan makanan dan minuman sekadar seperti mana hari-hari biasa dibulan lain, tanpa berlebih-lebihan atau mengistimewakannya sehingga merangsang lagi nafsu.
f) Hendaklah hatinya bergantung harap dan takut mengenai diterima atau tidak puasanya
Hari ini, hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram ; kerana belum ada kepastian. Jika diterima, pasti termasuk dalam golongan al-muqarrabin yang mempunyai pelbagai kelebihan atau keistimewaan. Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam golongan yang tertolak amalannya, lagi dimarahi dan di murkai-Nya. Orang yang tertipu oleh dirinya sendiri pasti ibadatnya diterima, padahal ada kemungkinan tidak diterima. Nanti pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah tidak menerima amalannya.
p/s semoga amalan kita diterima Alah swt
No comments:
Post a Comment